page
" When I Read FanFiction "

READREFERENCELINKSSTORIESREQUEST















One Shot: First and Last
written by wufanyeol at Friday 21 March 2014 & got 0 notes




Title: First and Last
Main Characters: Jung Dae Hyun (B.A.P), Son Na Eun (APink), 
Genre: Romantic, comedy, school, sad
Author: Azie
Language: Malay
Song background: Loner- OUTSIDER 
Poster by: Arynn
Status: Completed [ONESHOT]
Characters and synopsis: Read here




Daehyun’s POV

“Hai, sudi tak awak keluar dengan saya?” Kataku dengan satu nafas sahaja. Inilah kali pertama aku bercakap dengan orang yang aku dah lama suka.

     Naeun sedikit terperanjat mendengar kata-kata aku. Memang patut pun. Tak ada angin, tak ada ribut, aku tiba-tiba ajak dia keluar.

     Aku masih menunggu jawapan dari Naeun. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk berkata-kata.

     “Err…it’s just a question. If you…”

     “Okay.” Jawab Naeun cepat.

     “Jongmal?” Aku seakan tidak percaya. Hanya dengan sekali ajakan, Naeun setuju keluar dengan aku. Sesang-e…

     Naeun mengangguk.

     “Okay, saya tunggu awak depan pagar sekolah waktu balik.”

     “Okay.” Kata Naeun sebelum meninggalkan aku.





     Aku menanti Naeun di depan pagar sekolah. Bila terkenangkan insiden tadi, aku tersenyum sendirian. Tak sangka pula Naeun setuju keluar dengan aku.

     Aku tersenyum memandang Naeun yang sedang menghampiri aku.

     “Hai.” Ucap Naeun.

     “Hai.” Ucapku juga. Rasa kekok bila dia mendiamkan diri selepas itu.

     “Em, shall we go now?” Tanyaku.

     Naeun mengangguk.

     Aku dan Naeun berjalan bersama-sama. Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak ke mana? Aku langsung tak rancang apa-apa. Aku cuma nak ajak dia keluar.

     “Kita nak ke mana?” Naeun memandang muka aku.

     Aku menggosok leher belakangku. Apa yang aku nak jawab?

     “Err…”

     “I knew that you don’t know where to go.”

     Naeun seolah-olah dapat membaca fikiran aku.

     Aku tersenyum kelat.

     Naeun tersenyum. Itulah kali pertama dia senyum kat aku.

     “Makan aiskrim nak? Saya belanja.” Pelawa Naeun.

     “Eh, awak nak makan ke? Tak apa. Saya belanja.” Kataku.

     “It’s okay. I don’t mind. Awak nak flavor apa?” Tanya Naeun.

     “Ikut suka awaklah.”

     “Okay. Awak duduk kat bangku sana. Saya beli kejap.”

     Aku duduk di atas bangku sementara menanti Naeun membeli aiskrim.

     Tak lama kemudian, Naeun datang dengan dua kon aiskrim di tangan.

     “Nah. Cappuccino flavor. You like it?” Naeun menghulurkan sebatang kon aiskrim kepada aku.

     “Yes. Thank you.” Aku menyambut.

     Naeun melabuhkan punggung di sebelah aku. Kami duduk agak rapat. Oh tidak, jantung aku… dup dap dup dap.

    Baru sahaja aku nak menjilat aiskrim aku, tiba-tiba ada suara budak menangis. Aku dan Naeun mencari punca suara itu.

     Mata kami tertancap pada susuk tubuh kanak-kanak perempuan yang berdiri sambil menangis berhampiran dengan bangku yang kami duduk. Naeun menghampiri budak itu. Aku hanya duduk sambil memerhati.

     “Adik, kenapa menangis?” Tanya Naeun sambil melutut di hadapan budak itu.

     “Aiskrim jatuh.” Jawab budak itu.

     “Nah, ambil ni.” Naeun menghulurkan aiskrimnya kepada budak itu. Budak itu menyambut dengan senyuman.

     “Yea! Komawo.” Budak itu menyambut aiskrim itu lalu mengucup pipi Naeun sebelum berlari entak ke mana.

     Naeun kembali semula ke bangku.

     “Nah.” Aku menghulurkan aiskrim aku kepada Naeun.

     “Wae?” Tanya Naeun.

     “Makanlah.”

     “Awak?”

     “It’s okay.” Kataku sambil tersenyum.

     “Thanks.” Naeun menyambut.

     Naeun memandang aku. Pandangan kami bertaut seketika. Dia masih tersenyum.

     “Awak rasmikan.” Dia menyuakan aiskrim ke mulut aku.

     Aku membulatkan mata.

     “Kita share sama-sama. Okay?”

    Aku menjilat ais krim cappuccino itu. Sedap! Kemudian Naeun menjilat aiskrim itu. Kami kongsi makan sehingga habis.

     “Awak suka cappuccino ke?” Tanyaku selepas habis makan ais krim.

     “Sukalah juga. Kenapa?” Naeun memandang aku.

     “Baik untuk kesihatan ke?” Tanyaku lagi.

     “I’m not pretty sure. I like cappuccino because I love it. Sedap. Awak tak suka ke? Cappuccino? Coffee?”

     “Not really. I rarely eat or drink that. But, sometimes I love it.”

     “So, aiskrim tadi sedap tak?”

     “Sedap jugaklah. Rasa manis dan pahit tu mixed.”

     “Yes. Pahit manis tu lah buat dia rasa lagi sedap. Next time saya belanja awak cappuccino shake, okay?”

     Aku terdiam. Sempat ke?

     “Daehyun? Tak nak ke?” Naeun menunggu jawapan aku.

     “Eh! Naklah.” Jawabku.

     Naeun mengangguk. “Great.”

     Aku hanya mendiamkan diri. Badan aku terasa sejuk tiba-tiba. Kepala aku pening. Aku dapat rasa aku berpeluh.

     “Daeuhyun, awak panas ke? Awak berpeluhlah.” Naeun mengelap muka aku dengan tisu.

     “Kwaenchanayo?”

     “Kwaenchanasumnida.” Aku mengelap dahi aku dengan belakang tapak tangan kiriku.

     “Daehyun, your lips. Nampak pucatlah. Betul ke awak okay?” Tanya Naeun cemas. Dia merasa dahi aku. Kemudian tangannya beralih ke leherku.

     “Awak panaslah. Awak demam ke? Why don’t we just go back home now? You need a rest.” Dia memaut lengan aku, membantu aku berdiri.

     Aku cuba berdiri. Namun kaki aku terasa lemah. Sudah lama aku tak rasa macam ni. Kali terakhir aku alami semua ni ialah lima bulan yang lepas.

     “Naeun, saya penat.” Aku duduk semula di atas bangku.

     “Awak tak boleh berdiri ke?”

     Aku menggeleng lemah.

     “Naeun, saya mengantuk. Saya nak tidur. Boleh pinjamkan saya bahu awak?”

     “Hah? Err…o-okay.” Aku meletakkan kepala aku di atas bahu kanan Naeun dan memejam mata rapat. Berharap agar rehat yang singkat ini dapat menghilangkan rasa sakit yang sedang aku alami.





Naeun’s POV

Aku hanya membiarkan kepala Daehyun di atas bahu aku. Aku memerhatikan wajahnya. Ya, perhatikan dari dekat. Untuk pertama kali.

     Timbul rasa kasihan di dalam hati aku bila melihat Daehyun seolah-olah berkerut menahan sakit. Matanya terpejam rapat.

     Aku mengeluarkan tisu dari poket aku dan mengelap lagi muka Daehyun yang dibasahi peluh. Daehyun seolah-olah menahan kesakitan yang teramat sangat. Dia sakit ke? Demam ke?





Matahari sudah pun terbenam dan bulan mula bersinar, namun Daehyun masih belum bangun dari tidur. Perlu ke aku kejutkan dia? Kalau aku tak kejutkan dia dan balik sekarang, omma pasti akan marah sebab balik lambat.

     “Daehyun…” Aku mengusap kepalanya sambil memanggil namanya.

     “Daehyun, jomlah balik.” Daehyun mengalihkan kepalanya dari bahu aku. Dia menggosokkan matanya seketika.

     “Do you feel better?”

     Daehyun memandang aku tanpa berkata apa-apa.

     “Ah, Daehyun!”

     Air matanya bertakung dan jatuh ke pipi. Daehyun menangis.

     “Daehyun, awak okay ke?”

     Dia hanya menggeleng tanpa berkata apa-apa. Tangannya memicit kepalanya. Air matanya semakin deras mengalir. Aku dapat mendengar esak halus Daehyun.

     Aku menjadi cemas. Aku mencari telefon bimbit Daehyun di dalam beg sekolahnya. Ah, dah jumpa! Aku mencari nama omma atau appa Daehyun di file contact.

     Uri Omma

     Aku terus menekan nombor yang tertera pada nama itu.

     Esakan Daehyun semakin kuat. Aku menjadi semakin cemas.

     “Pick up the phone, please…pick up the phone.” Kataku mengharap agar panggilanku cepat-cepat di jawab.

     “Yoboseyo…”

     “Yoboseyo, ini omma Daehyun ke?”

     “Ya, saya. Maaf, siapa ni? Daehyun mana?”

     “Saya Naeun, kawan Daehyun. Dia ada dengan saya. Dia…dia menangis. Dia…saya tanya dia…dia okay tak, dia geleng kepala. Badan dia panas petang tadi. Lepas tu dia berpeluh-peluh… Dia kata dia nak tidur. Bila saya bangunkan dia, dia terus menangis.” Kata aku kalut. Aku mengerling ke arah Daehyun. Dia masih menangis.

     “AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Daehyun tiba-tiba menjerit. Semua orang yang lalu-lalang di situ terus memandang ke arah kami.

     Telefon Daehyun hampir-hampir terlepas dari tangan aku.

     “Daehyun? Kenapa dia menjerit?” Aku dapat mendengar suara cemas omma Daehyun.

     “Saya tak tahu. Dia tiba-tiba aje menjerit. Dia menangis.” Aku hampir-hampir mengalirkan air mata melihat keadaan Daehyun.

     “Tell me where are you? Tell me!” Omma Daehyun mendesak.

     “Kat taman berdekatan dengan sekolah.”

     “Baiklah.” Talian terus di matikan.

     “Daehyun…” Aku cuba menenangkan Daehyun.

     “S-sa-kit…” Katanya dengan suara yang tertahan-tahan.

     “You will be okay.”

     Daehyun meletakkan kepalanya atas bahu aku. Tangan kanannya memegang kepala. Dari tadi tangannya tak pernah berenggang dari kepalanya. Aku tertanya-tanya. Kenapa dengan Daehyun?

     “Awak tidurlah dulu.” Kataku.

     Daehyun memejam matanya. Aku mengeluarkan tisu dan mengelap sisa air matanya yang masih berguguran.

     Daehyun, kenapa dengan awak?

     Aku menyentuh dahi Daehyun, kemudian tangan aku beralih ke lehernya. Badannya masih panas, malah lebih panas dari petang tadi.
    
     “Mana omma Daehyun ni?” Aku semakin resah kerana mmenunggu terlalu lama.

     “Daehyun-ah!” Seseorang menjerit nama Daehyun. Seorang wanita berusia lingkungan 40 tahun berlari ke arah aku dan Daehyun. Itu pasti omma Daehyun.

     “Daehyun-ah!” Wanita itu mengangkat kepala Daehyun dari bahu aku dan menepuk perlahan pipinya.

     “Daehyun-ah, bangunlah.” Wanita itu masih menepuk pipi Daehyun.

     “Omma, sakit.” Rengek Daehyun lemah.

     Wanita itu memandang aku. “Kamu Naeun ke?”

     Aku hanya mampu menangguk.

     “Naeun, kamu baliklah dulu.”

     Sekali lagi aku mengangguk.





Aku membuka pintu rumah. Lampu masih menyala. Mungkin omma masih belum tidur dan menunggu aku balik.

     “Omma?”

     “Baru balik? Pergi mana tadi?” Tanya omma dari pintu dapur.

     “Teman kawan tadi. Kawan sakit.”

     “Oh, kesian dia. Tapi lain kali beritahulah omma dulu. Risau omma kamu balik lewat, tahu tak?” Omma meluahkan rasa bimbangnya.

     Aku tersenyum. “Sorry, omma. Lain kali Naeun tak buat lagi.”

     “Yakssok (promise)?”

     Aku mengangguk.

     “Mari peluk omma, omma rindu anak omma.”

     Aku menghampiri omma dan terus memeluknya.

     “Ish, busuknya kamu. Dah, pergi mandi.”

     Aku akur dan terus menuju ke bilik tidurku. Aku terus merebahkan tubuh di atas katil. Penat sungguh berjalan kaki.

     Tak sangka pula Daehyun sakit. Hari yang menggembirakan dan menyedihkan. Gembira kerana aku keluar bersama-sama dengan orang yang aku suka. Sedih sebab dia sakit. Masih terbayang-bayang wajahnya yang pucat dan tidak bermaya di kotak fikiranku.





“Daehyun tak hadir ke?” Tanyaku kepada rakan sekelas Daehyun, Nicole.

     “Tak. Dia sakit.” Jawabnya.

     “Sakit? Dia sakit apa ek?” Entah kenapa aku jadi busy body pulak hari ni.

     “Kau tak tahu ke?” Nicole memandang aku dengan pandangan pelik.

     “Tahu apa?”

     “Tak ada apa-apalah.”

     “Tahu rumah dia kat mana tak?”

     “Jap eh.” Nicole menulis sesuatu di atas sekeping kertas memo.

     “Nah, ni alamat dia.”Dia menghulurkan kertas memo itu kepada aku.

     “Thanks.” Ucapku.

     “Most welcome.”

     Nicole ingin memasuki kelasnya, namun aku menahan.

     “Em, Nicole…”

     Nicole berpaling. Dia memandang aku.

     “Kau rapat dengan dia ke?”

     “Rapatlah jugak. Sebagai seorang kawan. Kenapa?”

     Kyaa!!! Cemburunya aku!!!

     “Em, cuma nak tanya.

     “Jangan risau.” Kata Nicole sebelum memasuki kelasnya.

     Hah? Apa maksud dia?





“Ini rumah Daehyun ke? Besarnya…” Aku memerhatikan rumah Daehyun dari luar pagar. Sangat besar. Tak macam rumah omma aku. Kecil je, tapi selesa untuk kami berdua.

     Aku mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor telefon omma.

     “Yoboseyo…” Sapa omma.

     “Omma, Naeun singgah rumah kawan kejap. Melawat dia. Dia sakit.”

     “Okay, balik nanti pukul berapa?” Tanya omma.

     “Belum tahu lagi. Omma jangan risau. Naeun tak akan balik lewat sangat.” Aku meyakinkan omma.

     “Arasso. Hati-hati balik nanti ya?”

     “Okay. Bye omma.” Aku memutuskan talian.

     Aku teragak-agak untuk menekan loceng rumah. Namun aku gagahkan diri aku. Belum sempat aku menekan loceng rumah, seorang wanita membuka pintu rumah dan menjenguk ke luar.

     “Kamu budak perempuan yang semalam tu, kan? Siapa nama? Em, Naeun, kan?” Omma Daehyun menghampiri aku dengan senyuman.

     “Ah, ya saya.” Jawabku sambil membalas senyumannya.

     “Ada apa kamu datang ke sini?” Omma Daehyun masih tersenyum memandang aku.

     “Sebenarnya saya datang ni nak melawat Daehyun. Itu pun kalau boleh.” Jelasku dengan penuh sopan.

     “Oh, kamu nak melawat Daehyun. Masuklah. “ Omma Daehyun membuka kunci pagar dan membenarkan aku masuk.

     Omma Daehyun membawa aku menaiki tangga ke tingkat atas dan menunjukkan bilik tidur Daehyun kepada aku.

     Aku membuka bilik tidur Daehyun dan menjengukkan kepala. Dia sedang tidur. Aku melangkah masuk dengan berhati-hati agar tidak mengganggu tidurnya, kemudian melabuhkan punggung di atas kerusi kecil yang di letakkan di sebelah katil. Aku menarik kerusi itu mendekati katil agar aku boleh melihat Daehyun dengan lebih dekat.

     Bibirnya pucat. Aku menyentuh dahi dan lehernya. Aku tersenyum lega. Panas badannya berkurangan. Aku mengusap rambut Daehyun sambil memerhatikan wajahnya.

     Daehyun sedikit terganggu dengan usapan aku. Matanya terbuka perlahan-lahan.

     “Naeun?”

     “Yeah, it’s me.” Aku membantunya duduk sambil menyandar di kepala katil.

     “Mana tahu rumah saya?” Tanyanya sambil tersenyum. Dia kelihatan sedikit bertenaga dari semalam.

     “Nicole bagi alamat. Awak demam ek? Kenapa tak bagi tahu semalam?”

     Daehyun hanya tersenyum memandang aku.

     “Awak haus ke? Nak saya tuangkan air?”

     Daehyun mengangguk.

     Aku menuang air kosong di dalam gelas dia atas meja kecil tepi katil. Aku menghulurkan gelas kepada Daehyun.

     Daehyun meneguk beberapa kali sebelum menyerahkan semula gelas kepada aku.

     Suasana sepi seketika. Rasa kekok pula berdua-duaan di dalam bilik Daehyun.

     “Thanks.” Ucap Daehyun tiba-tiba.

     “Hah?” Aku terpinga-pinga.

     “Sebab melawat saya walaupun baru semalam kenal.”

     “It’s okay.”

     Suasana kembali sepi. Kekok.

     “Naeun…”

     Aku memandang daehyun. “Ya?”

     “Esok saya pergi sekolah. Nak balik sama-sama?” Mata kami bertentang. Pasti Daehyun mengharapkan jawapan yang positif dari aku.

     “Sure, boleh jugak.”

     “Really? Seronoknya!” Kata Daehyun dengan suara yang kuat.

     Pintu bilik Daehyun tiba-tiba terkuak. Aku dan Daehyun memandang omma Daehyun dengan serentak.

     “Apa yang seronok tu, Daehyun?” Tanya omma Daehyun dengan pandangan pelik. Pasti dia terkejut kerana terdengar suara Daehyun yang agak kuat tadi.

     “Seronok sebab esok nak ke sekolah.” Jawab Daehyun dengan sengihan yang lebar.

     “Kamu dah okay ke?” Wajah omma Daehyun tiba-tiba berubah menjadi risau.

     “Daehyun dah okaylah, omma.” Daehyun menekankan suaranya.

     “Kamu pasti ke?”

     “Ya, omma. Omma jangan risau pasal Daehyunlah.” Daehyun seolah-olah rimas dengan soalan ommanya. Aku hanya mendengar perbualan dua beranak itu, tidak berani mahu masuk campur.

     “Kalau kamu dah cakap macam tu, okaylah. Omma keluar kejap. Nak jumpa kawan. Naeun jaga Daehyun baik-baik, ya.” Omma Daehyun melemparkan senyuman hambar kepadaku. Mungkin terasa dengan kata-kata Daehyun.

     Aku hanya membalas senyuman omma Daehyun tanpa berkata apa-apa.

     “Daehyun, awak okay ke?” Tanyaku sebaik sahaja pintu bilik Daehyun ditutup.

     “I’m okay. Ah, Naeun, boleh ambik kerusi duduk sana jap?” Tanya Daehyun sambil mencari sesuatu di bawah bantalnya.

     Aku akur sahaja. “Awak nak buat apa?” Aku melihat Daehyun memegang sebuah sketch book.

     “Saya nak lukis awak. Awak duduk baik-baik eh. Kejap je saya lukis, tapi dijamin lukisan saya cantik. Dah, jangan gerak-gerak. Duduk diam-diam.” Daehyun mula melakar menggunakan pensil.

     Aku hanya membatu diri sepanjang ‘sesi melukis’ Daehyun. Sesekali mata kami bertembung dan membuatkan jantungku berdegup tak sekata. Aku mencuri pandang ke arah Daehyun yang sedang ralit melukis. Sesekali bibirnya mengukir senyuman tiba-tiba.

     Ekspirasi wajahnya yang kadang-kadang serius dan tersenyum membuatkan aku ingin tergelak namun aku menahan.

     Setelah hampir 20 minit melukis, Daehyun menggamit aku menghampirinya.

     Aku membawa kerusi dan duduk semula di sebelah katilnya. Daehyun menunjukkan gambar yang dilukisnya kepadaku.

     “Omo, cantiknya. Awak memang pandai melukis.” Pujiku ikhlas sambil menatap lukisan Daehyun.

     “Taklah pandai sangat. Tapi saya memang suka melukis. Cita-cita saya nak jadi seorang pelukis, itu pun kalau umur saya panjang.” Kata Daehyun merendah diri.

     “Lukisan awak memang perfect lagi cantik. Tak ada nak dirisaukan, mesti awak boleh jadi pelukis suatu hari nanti.

     “Kalau saya sempat.” Katanya perlahan.

     “Apa maksud awak?” Tanya aku hairan.

     “Nothing.”

     “Em, saya ambil lukisan ni, boleh?” Pintaku.

     “Boleh memang boleh, tapi bukan sekarang. Saya nak ubah suai lukisan ni. Kalau dah siap nanti saya beri kat awak, okay?”

     “Janji?” Aku menyua jari kelingking kepada Daehyun.

     “Janji.” Daehyun mengait jari kelingking kami.

     “Banyak lagi yang saya tak tahu tentang awak. Awak siapa ya?”

     Hendak tergelak aku mendengar soalan Daehyun.

     “Okay, saya Son Na Eun. Orang panggil saya Naeun. Jangan ubah nama saya sesuka hati sebab saya tak suka. Saya tinggal dengan omma saya, abang saya tinggal dengan appa saya kat UK. Omma dan appa saya bercerai 2 tahun lepas. Saya jenis yang tak tergopoh-gapah, boleh dikatakan tenang. Saya suka cappuccino. Saya suka kawan dengan awak walaupun baru kenal sehari dua. Awak? Siapa awak?”

     Daehyun tergelak kecil sebelum menjawab soalan aku. “Saya Daehyun. Nama penuh, Jung Dae Hyun. Sama macam awak, tak suka orang ubah nama saya sesuka hati. Tinggal dengan omma. Anak tunggal. Ayah saya dah tak ada…meninggal sebab barah otak.” Suara Daehyun tiba-tiba mengendur.

     Tapi dia tetap menyambung dengan senyuman. “Saya suka melukis. I want to be an artist kalau saya sempat. Saya jenis yang….saya pun tak tahu saya jenis yang macam mana. Apa-apa pun, saya suka kawan dengan awak.”

     Aku tersenyum mendengar kata-kata Daehyun. “Kita kawan?” Aku menghulurkan tangan untuk berjabat.

     “Kita kawan.” Daehyun membalas huluran tangan aku. Lama.

     “Err…Daehyun, lama sangan kita bersalaman.”

     “Ohh, maaf. Tak sedar. Luar kawalan.” Cepat-cepat dia melepaskan tangan aku.

     “Daehyun, can I ask you something?”

     Daehyun membalas dengan anggukan.

     “Awak sebenarnya sakit apa?”

     Hilang senyuman dibibirnya mendengar soalan aku. “Saya Cuma demam.”

     “Demam? Habis tu kenapa awak tiba-tiba menjerit semalam. Terkejut saya.” Aku masih belum berpuas hati dengan jawapan Daehyun.

     “Saya ada migraine. Sakit sangat. Tu yang saya menjerit.” Jelas Daehyun sambil menyentuh kepalanya.

    “Oh, maaf. Saya tak tahu. Saya harap awak cepat sembuh dari demam.”

     “Saya dah sembuh.” Kata daehyun sambil tersenyum.

     “Awak comel bila senyum.” Kataku tiba-tiba. Aku terus menekup mulut aku dengan tangan.

     “Ulang balik?” Daehyun tersenyum nakal.

     “Saya tak cakap apa-apa.” Nafiku.

     “Ye ke? Tadi saya dengar awak kata saya comel bila senyum. Kalau tak silap sayalah.” Daerhyun masih mengusik aku.

     “Kalau saya puji awak pun, apa salahnya.”

     Aku mengerling jam tangan.

     “Err… Daehyun, I have to go now. Omma saya mesti tengah tunggu saya.”

     “Okay. Hati-hati jalan.”

     Aku mengangguk sambil tersenyum.

     “Naeun…” Daehyun memegang tangan aku.

     “Thanks melawat saya.”

     Sekali lagi aku mengangguk.

     Aku terus balik ke rumah selepas melawat Daehyun. Bimbang omma risaukan aku. Omma memang jenis yang cepat risau kalau aku balik lambat.



Daehyun’s POV

Aku menunggu Naeun di depan pagar sekolah. Bibirku tak boleh berhenti mengukir senyuman. Aku terlihat kelibat Naeun yang sedang menghampiri aku. Aku melambaikan tangan ke arahnya. Dia membalas lambaian aku.

   “Awak nak balik terus ke?” Tanya Naeun kepadaku sebaik sahaja kami keluar dari kawasan sekolah.

    “Kenapa?” Aku mengerutkan dahi.

   “Saya nak belanja awak cappuccino shake.”

     Aku berfikir sejenak. “Okay.”

     “Jom saya bawa awak kat satu café yang sedap cappuccino shake dia.” Naeun menarik lengan uniform sekolah aku. Café itu tidaklah jauh dari sekolah kami. Hanya beberapa puluh meter dari sekolah.

     “Ini ke cafenya?” Kami berhenti betul-betul di sebuah café yang sederhana besar.

     “Cappuccino Café?”

     Naeun mengangguk. “Awak tunggu sini, saya nak pergi order.” Naeun melepaskan lengan uniform aku.

     Aku memegang tangannya. Naeun sedikit terkejut.

     “Saya ikut awak.” Kataku.

     Naeun tersenyum.

     “Cappuccino shake two, please?” Kata Naeun kepada gadis muda di hadapannya.

     “Minum sini atau bawa balik?” Tanya gadis itu meminta kepastian.

     Naeun memandang aku. Aku sekadar mengangkat bahu.

     “Em, bawa balik.”

     “3704 won.”

     Naeun mengeluarkan duit dari poket bajunya.

     Aku mendekatkan mukaku pada telinga Naeun.

     “Biar saya aje yang bayar, mahal tu.”

     “It’s okay. Saya je yang bayar. Kan saya belanja awak?” Kata Naeun sambil menghulurkan duit kepada gadis itu.

     Hampir lima minit menunggu, gadis itu datang semula dan menyerahkan cappuccino shake kepada kami.

     Aku menyedut perlahan cappuccino shake itu. “Em, sedapnya!”

     “See, saya dah cakap. Memang sedap.” Naeun menyampuk.

     “Jom balik.” Ajakku.

     Naeun mengangguk.

     “Naeun…”

     “Hm?”

     “Saya hantar awak balik.”

     “Eh, tak payahlah. Rumah saya jauh. Biar saya hantar awak aje. Rumah awak dekat.” Kata naeun sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.

     “Ala, saya nak tahu mana rumah awak. Bolehlah.” Aku membuat muka comel.

     “Err, rumah saya kecil je. Ala, tak payahlah…” Naeun masih cuba membantah.

     “Saya tak kisah pasal tu. Bagi saya rumah besar atau kecil tak ada beza. Temp[at tinggal jugak, kan?”

     “Kalau awak dah cakap macam tu, okaylah.” Naeun mengalah.

     Suasana senyap. Aku dan Naeun tidak berkata apa-apa. Kekok.

     “Naeun, boleh saya pegang tangan awak?” Aku memberanikan diri untuk bersuara dan bertanya.

     “Ah?? Err…” Naeun teragak-agak untuk menjawab.

     “Cuma tanya. Kalau tak nak tak apa.” Kataku.

     Aku memasukkan kedua-dua tanganku ke dalam poket seluar. Kami berjalan dengan senyap. Masing-masing membisu.

     Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu yang cuba mengeluarkan tangan kanan aku dari poket. Ah, Naeun…

     “Tangan awak sejuk. Awak okay?” Tanya Naeun. Dia menggenggam tangan aku.

     “Sejuk ke? Saya rasa biasa aje.” Nafiku.

     Naeun berhenti melangkah. Dia menghadap ke arahku. Tangan kanannya menyentuh dahiku, kemudian beralih ke leherku.

     “Betullah, awak tak ada rasa panas pun. Jom, cepat.”

     Naeun menarik tangan aku. Aku hanya membuntutinya dengan senyuman.

     Setelah hampir 15 minit berjalan, akhirnya kami tiba di sebuah rumah yang sederhana besar.

     “This is your house?” Tanyaku kepada Naeun.

     Naeun mengangguk. “Kecik je.”

     “Taklah, taklah kecik sangat. Rumah awak cantik. Saya suka.” Kataku dengan jujur.

     “Awak baliklah. Nanti lambat sampai.”

     “Okay.” Aku mengucup jari telunjuk dan jari hantu dengan serentak, kemudian aku letakkan pada bibir Naeun. Naeun terpaku.

     “Balik dulu. Annyeong!” kataku sambil berlari anak.





Naeun’s POV

Aku menyentuh bibir aku. Aku tak sangka Daehyun boleh buat macam tu kat aku. Kyaa!!! Sukanya aku! Aku melompat kecil sebelum masuk ke dalam rumah.

     “Omma! Naeun dah balik!” Jeritku.

     “Kenapa suka menjerit ni?” Marah omma keluar dari dapur.

     “Naeun happy sangat hari ni.” Kataku sambil tersenyum lebar.

     “Yalah, siapa budak lelaki tadi tu?”

     “Budak lelaki?” Apa aku nak jawab?

     “Buat-buat tak tahu pulak dia. Yang dengan kamu tadi tu lah. Ingat omma tak Nampak ke?” Omma menyindir.

     “Kawan Naeun.” Kataku sambil tersenyum kelat.

     “Yalah tu, kawan. Entah-entah boyfriend dia.” Serkap omma.

     “Kalau ada peluang.”

     “Hah?”

     “Tak ada apa-apa omma. Naeun mandi dulu. Sayang omma.” Aku terus naik ke tingkat atas.





Aku mencari-cari kelibat Daehyun di luar kelasnya. Mana dia ni? Ingat nak ajak dia balik. Ish, aku pun dah pandai nak menggatal jugak ke?

     “Woi!”

     Aku terkejut. Aku berpaling ke belakang.

     “Nicole, terkejut aku.”

     Nicole ketawa. “Buat apa kat sini?”

     “Cari Daehyun. Daehyun mana?” Tanyaku.

     Wajah Nicole tiba-tiba berubah. “Kau tak tahu ke?”

     Aku mengangkat kening. “Tahu apa?”

     “Daehyun masuk hospital malam tadi.”

     “What?! Kenapa? Dia sakit apa?” Tanyaku separuh menjerit.

     “Kau tak tahu lagi?”

     “Tahu apa? Apa lagi yang aku tak tahu?” Jantung aku tiba-tiba berdegup pantas. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

     “Daehyun sakit barah otak.”

     Aku kehilangan kata-kata.

     “Apalah kau ni, main-main pulak.” Aku cuba untuk tidak percaya.

     “Aku serious, okay. Kenapa kau tak tahu. Daehyun tak beritahu kau ke?”

     Aku menggeleng perlahan.

     “Bongok ah dia tu. Kau pergilah melawat dia kat hospital.”

     “Kau tak nak ikut?” Tanyaku.

     “Kau nak ajak aku sekali ke?”

     Aku mengangguk.

     “Okay.”





Hospital xxxxxx

Aku menolak perlahan pintu bilik dimana Daehyun ditempatkan. Aku melihat omma Daehyun menangis sambil mengucup tangan Daehyun berkali-kali.

     Aku dan Nicole memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik itu.

     Omma Daehyun memandang aku. Matanya di basahi mani-manik halus.

     “Naeun, Nicole…”

     Omma Daehyun kenal dengan Nicole? Okay, banyak perkara yang aku tak tahu.

     Omma Daehyun menggamit kami mendekatinya.

     Aku melihat wajah daehyun yang pucat sambil menahan sebak.

     “Nicole, Naeun, kamu tolong jagakan Daehyun sekejap.” Omma Daehyun mengangkat punggung dari kerusi.

     “Ajummoni nak ke mana?” Nicole menahan omma Daehyun.

     Omma Daehyun memandang aku sekilas. Nicole hanya mengangguk. Aku tidak faham.

     “Ajummoni nak beri ruang kat kau.” Kata Nicole sebaik sahaja omma Daehyun keluar dari bilik itu.

     “Ruang? Ruang untuk apa?”

     “Susah betul nak cakap. Okay, macam ni. Aku teman kau sampai Daehyun bangun. Kalau dia dah bangun, aku keluar teman ajummoni, okay?”

     Aku hanya mengangguk.

     Aku duduk di tempat omma daehyun duduk tadi, dia atas kerusi di sbelah katil Daehyun.

     Aku menanti Daehyun bangun dengan sabar. Sesekali aku mengusap perlahan rambutnya. Hati aku tersentuh apabila melihat bibir Daehyun yang pucat. Baru  semalam bibirnya kelihatan merah, sempat lagi dia beri kiss kat aku.

     Aku terus menggenggam tangan Deahyun apabila terlihat dia sedang mengerang. Kemudian matanya perlahan-lahan terbuka.

     Aku tidak mampu menahan air mata. “Daehyun…”

     “Naeun, aku keluar dulu.” Nicole terus keluar dari bilit itu juga. Hanya tinggal aku dan Daehyun, berdua-duaan.

     “Daehyun…” Aku menyebut namanya lagi apabila melihat tiada respon dari Daehyun.

     “Do you hear me? Kenapa tak bagitau saya yang awak sakit?”

     Daehyun memandang aku dengan pandangan kosong. Air matanya mengalir.

     “Saya risaukan awak. Kenapa awak tipu saya bila saya tanya awak, awak sihat atau tak?”

     Daehyun masih membisu.

     “Kenapa awak sakit?”

     Reaksi Daehyun masih sama. Memandang aku tanpa berkata apa-apa.

     “Kenapa baru empat hari yang lepas awak ajak saya keluar? Kenapa tak sebelum tu? Kenapa awak lambat sangat ajak saya keluar? Saya tunggu awak lama sangat, tahu tak? Bila awak dah ajak saya keluar, awak tiba-tiba sakit pula.” Luahku.

     “Awak dengar tak ni?” Aku menggoncang bahu Daehyun.

     “Awak…” Aku ingin terus membebel, tapi…

     “Saranghae.” Kata Daehyun.

     Aku terus terdiam.

     “Actually, saya dah lama suka kat awak. Malah, awak cinta pertama saya dan akan menjadi cinta terakhir saya. You are my first and last love. Saya minta maaf sebab tak beri tahu awak awal-awal pasal penyakit saya. Bila saya dapat tahu penyakit saya makin teruk, saya terus ajak awak keluar. Saya takut saya tak sempat nak ajak awak. Ingat tak hari tu, saya tiba-tiba menjerit? Kepala saya rasa sakit sangat. Itu sebab cancer saya, saya tak ada migraine pun sebenarnya. Saya minta maaf, Naeun.” Jelas Daehyun panjang lebar.

     “Daehyun…” Aku mengesat air mataku.

     “Saya pun suka awak juga.” Aku tersenyum apabila melihat Daehyun tersenyum.

     Aku menggenggam tangan Daehyun.

     “Good----bye.” Ucap Daehyun tiba-tiba.

     “Apa maksud awak?”

     Aku melihat pada mesin elektro kardio grafi yang terletak di sebelah Daehyun. Ianya berbunyi kuat. Garisan gelombang jantung daehyun tidak membentuk apa apa corak. Hanya garis lurus.

     “Daehyun!!” Aku memanggil nama Daehyun. Matanya terpejam rapat.

     “Nicole! Ajummoni! Doktor! Sesiapa! Tolong!” Aku menjerit bagai orang gila.

     Daehyun, bertahanlah.

     Pintu bilik terkuak. Nama-nama yang aku sebut tadi terus merempuh masuk.

     Aku melihat doktor mengambil defibrilator dan gosok bersama permukaan kedua-dua alat itu. Seorang jururawat membuka butang baju Daehyun. Kemudian doktor meletakkan alat itu pada bahagian dada Daehyun. Badan daehyun terhinjut-hinjut.

     Aduh, aku pulak yang merana tengok dia macam tu. Doktor melakukan perkara itu berkali-kali. Kemudian dia menggeleng. Wait, apa maksud doctor? Takkanlah Daehyun dah tak ada. Aku memandang omma Daehyun dan Nicole. Mereka berdua berpelukan sambil menangis.

     “Nicole, ajummoni, apa maksud semua ni?” tanyaku lemah.

     “Daehyun dah tak ada.” Nicole meleraikan pelukan omma Daehyun. Kemudian omma Daehyun memeluk aku.

     “Tak mungkin, baru tadi dia confess kat Naeun yang dia suka Naeun. Takkanlah dia opergi cepat sangat.” Aku mula merengek macam anak kecil. Susah untuk aku terima. Daehyun pergi dalam keadaan yang agak tenang.

     “Daehyun…” Aku memandang tubuh daehyun yang terbaring lesu di atas katil. Aku menggelang kepala berkali-kali.

     “Nicole, takkanlah Daehyun pergi awal sangat?” Aku masih cuba untuk menolah kebenaran yang berlaku di depan mata aku.

     “Dia memang dah tak ada.” Nicole cuba menyakinkan aku.

     “No!” Aku menjerit.

     “Naeun, dia dah tak ada.” Nicole memeluk aku.

     Aku hanya mampu menangis di dalam pelukan Nicole. D-A-E-H-Y-U-N, kenapa awak pergi cepat sangat?

     Aku terus meleraikan pelukan Naeun dan berlari keluar. Aku nak balik rumah. Aku nak tidur. Aku harap bila aku bangun tidur, ini semua hanya mimpi ngeri dan Daehyun masih ada, sentiasa di sisi aku.

This story is not over yet. To be continued...

Labels: ,