page
" When I Read FanFiction "

READREFERENCELINKSSTORIESREQUEST















One Shot: One More Chance
written by wufanyeol at Sunday 12 January 2014 & got 0 notes




Title: One More Chance
Main Characters: Bang Yongguk (B.A.P), Song Jieun (Secrect), B.A.P’s members
Genre: Romantic, comedy, school
Author: Azie
Language: Malay
Song background: Gloomy Clock by IU featuring Jonghyun (SHINee)
Poster by: Ayuni
Status: Completed [ONNESHOT]
Characters and synopsis: Read here



Ji Eun’s POV

Segalanya tidak seperti yang aku sangka. Lain yang aku sangka, lain pula yang jadi. Huh, buat sakit hati aje. Semalam aku berpindah ke sekolah ni atas alasan yang tidak munasabah iaitu aku tak suka sekolah lama aku dulu.

     Aku ingat, sekolah baru akan dapat ramai kawan baru, buku baru, rambut baru, semua yang barulah. Okay, rambut tak ada kaitan. Rambut aku tetap macam dulu aje. Classmate aku semuanya sombong-sombong belaka. Tak ada yang ramah langsung.

     Hanya ada seorang sahaja yang menegur aku. Namanya Hara. Dia duduk di hadapan aku. Hara okay je dengan aku, dia boleh katakan perempuan yang cool. Err…cool? Apa-apa ajelah.

     Dialah orang pertama yang tegur aku semalam. Menyesal aku pindah sekolah. Sekolah ni memang membosankan. Bosan…bosan…bosan… Tak ada ramai kawan.

     “Woi! Apa yang kau menungkan tu?” Hara menyergah aku.

     Aku mengurut dada, terkejut.

     “Terkejut aku.”

     “Apa yang kau menungkan tu?” Hara mengulangi soalannya sekali lagi.

     “Tak ada apa-apa.”

     “Em…waktu rehat nanti, aku bawa kau jalan-jalan pusing sekolah nak?” Hara mengajak.

     Aku menongkat dagu. “Hm…boleh jugak. Lagipun, aku belum pernah pergi meneroka sekolah ni.”

     “Yes! Bagus! Sebelum tu, tolong aku buat homework yang cikgu bagi ni. Aku tak tahu nak buat macam mana.” Hara menghulurkan buku latihan bahasa Inggerisnya kepada aku.

     “Apa susah? Cikgu suruh buat essay pasal family. Buat ajelah. Tak susah pun. Tapikan, aku tak suka sangat buat essay macam ni. Standart budak kecil.” Sempat lagi aku mengomen.

     “Tapi aku tak tahu buat.” Hara merungut.

     “Main hentam ajelah.”

     “Daripada aku hentam, baik aku pinjam kau punya.” Hara berkata selamba.
  
     “Pemalas ah kau  ni!” Aku menghulurkan buku latihan aku kepada Hara.

     “Aku bukannya malaslah. Hish, suka hati dia aje nak kutuk orang. Aku ketuk kepala kau nanti.” Omelnya sambil mengambil buku aku.

     Hara membaca essay aku., Aku tahu dia tidak faham.

     “Apa bendanya essay kau ni?” Hara membaca semula apa yang aku tulis.

     I have a family. Everyone has a family. Including me. If you don’t have a family, act like you have a family. Happy family. I love my mom. I love my dad. I love my grandparents, but they had passed away 5 years ago. I miss them.

     “Ni essay ke?” Hara bertanya seperti orang bodoh.
    
     “Essay pendek. Kalau kau tak nak salin, beri balik buku aku tu.” Aku cuba mengambil semula buku aku dari Hara namun dia menahan tangan aku.

     “Eh, eh. Siapa cakap tak nak? Aku nak salinlah.”

     Aku mencebik. “Yalah tu.”

     Aku memerhatikan Hara yang sedang menyalin essay aku. Tak sampai dua minit, buku di kembalikan semula kepadaku.

Kring…kring…kring…

     Loceng rehat berbunyi. Semua pelajar berebut-rebut keluar dari kelas. Wei… bawa bersabarlah. Tak lari pintu tu. Kalau di rempuh oleh semua orang, boleh pecah pintu tu nanti.

     “Jom.” Hara menarik tangan aku.

     Dia membawa aku ke kantin. Kami membeli dua bungkus roti coklat. Kemudia di bawa aku ke gim, bola keranjang. Kami makan sambil berpusing-pusing di gelanggang bola keranjang.

    Setelah puas berpusing-pusing, kami menuju ke padang sekolah.

    “Luasnya padang ni!” Aku menjerit sambil mendepakan tangan. Angin bertiup lembut

     “Jeritlah, lepaskan tekanan.” Hara memandang aku.

     “Aku tak ada apa yang nak dijeritkan. Kau ada ke?” Aku membalas pandangan Hara.

     “Ada.”

     “Go on.”

     “Aku sayang Sungjae!” Hara menjerit.

     “Sungjae?”

    “Err… dia boyfriend aku.” Kata Hara malu-malu.

     “Boyfriend?”

     Ah, perkataan itu mengingatkan aku pada seseorang.

     “A-ah. Kenapa?”

     “Tak ada apa-apalah.”

     “Masa rehat dah nak habis. Jom balik kelas.”

     “O-okay.” Aku membuntuti Hara.

    Ketika aku berjalan, aku terlanggar bahu seseorang. Aku hampir-hampir terjatuh, namun orang itu dan Hara sempat menahan aku.

     “I’m sorry. Saya tak nampak tadi.” Ucap orang itu sambil menunduk. Aku tak nampak wajahnya.

     “Tak apa. Salah saya jugak sebab tak tengok depan.”

     Orang itu mengangkat kepalanya.

     Aku ternganga.

    “Kau?” kami berdua berkata serentak.

     “Kau sekolah kat sini?” Tanya kami serentak juga.

     “Yalah.” Serentak kami menjawab.

     “Ji Eun, siapa dia?” Hara mengoncang tubuhku.

     “Dia manusia.” Bodoh jawapan yang aku berikan.

     “Woi, tahulah dia manusia.” Hara mengetuk kepala aku.

     “Kau tanya aku buat apa? Tanyalah dia sendiri.” Aku ingin melangkah namun tangan aku di cengkam.

     “Ji Eun…”

     “Apa? Nama aku memang Ji Eun. Kau nak ubah nama aku ke? Lepaslah.” Aku meronta.

     “Saya pinjam dia sekejap ya, err… Hara.”  Dia melihat tag nama pada atas dada sebelah kiri Hara.

     “Okay. Bye Ji Eun.” Hara terus pergi.

     “Hara! Tunggulah!” Jeritan aku tidak dihiraukan.

     Aku mengeluh.

     “Kau nak apa, Yongguk?” Aku meronta untuk di lepaskan.

     “Saja nak jumpa kau. Lama tak jumpa. Kau apa khabar?”

     Aku tersenyum sinis. “Kau tengok macam mana? Aku ada macam orang sakit ke?”

    Sakit hati aku melihat senyuman yang terukir di bibir Yongguk.

     “Dahlah, aku nak balik kelas.” Sekali lagi Yongguk mencengkam tangan aku.

     “Kelas kau kat mana?” Tanyanya.

     “Kat atas bumbung.” Kataku. Aku melepaskan cengkaman tangan Yongguk dan segera berlalu.

     Yongguk mengejar aku. “Bila masa kau sekolah kat sini?”

     Aku melajukan langkah aku. “Semalam.”

     “Ha? Maksudnya baru dua harilah kau kat sekolah ni?”

     “Ya.”

     “Ji Eun, kau…”
 
     Aku menutup telinga. “Aku tak dengar apa-apa!” Aku berlari ke kelas.



Yongguk’s POV

“Ji Eun , kau…”

     Ji Eun menutup telinganya. “Aku tak dengar apa-apa!” Dia berlari meninggalkan aku.

     Aku mengeluh perlahan. Baru sahaja aku nak tanya sama ada dia masih tinggal di rumah lamanya atau tidak. Aku pun melangkah ke kelas aku sendiri.

     “Wei, kawan. Lambatnya kau masuk kelas.” Daehyun menerpa ke arah aku.

     “Kau percaya tak, aku jumpa seseorang yang dah lama aku tak jumpa dan aku sendiri tak sangka yang aku akan jumpa dia.”

     “Siapa?”

     “Kau rasa?” Aku berteka-teki.

     “Mana aku tahu. Aku bukannya boleh baca fikiran orang.” Daehyun berkata.

     Aku berjalan ke tempat duduk aku, iaitu bersebelahan dengan Daehyun. Daehyun turut duduk di tempatnya.

     “Tadi aku jumpa Ji Eun.” Kataku perlahan.

     “Hah? Ji Eun? Song Ji Eun? Dia sekolah kat sini? Biar betul.” Daehyun seakan tidak percaya, begitu juga aku.

     “Betul. Aku tak sengaja langgar bahu dia tadi. Dia hampir jatuh. Aku tolong. Aku minta maaf. Aku tunduk. Lepas tu aku angkat, aku tengok muka dia kat depan aku.” Aku bercerita.

     “Kau rasa dia masih ingat pasal dulu tu ke?” Soalan Daehyun itu membuatkan aku tersentap.

     Dia masih ingat hal yang memalukan tu ke?

     “Aku tak tahu.” Jawabku lemah. Rambut aku diramas kasar.

     “Wei, relax ah.” Daehyun menepuk bahu aku.



Flashback

“Malam ni akan jadi malam yang paling seronok.” Aku berkata sendirian.

     Omma dan appa aku pergi melancong ke New York dari dua hari lepas dan lusa baru mereka balik. Peluang ini aku akan gunakan sebaik mungkin.

     “Yongguk, semua dah sedia.” Daehyun memberitahu aku.

     “Hei, dia dah datang. Cepat sembunyi!” Zelo bersembunyi di sebalik sofa. Begitu juga Daehyun, Jongup, Yongjae dan Himchan.

    Aku membuka pintu rumah. Ji Eun tersenyum memandang aku. Aku membalas dengan senyuman sinis.

     “Masuklah.” Jemputku.

     Ji Eun melangkah masuk.

     “Awak duduklah dulu. Saya buatkan air.” Aku berlalu ke dapur. Kemudian aku kembali semula dengan menatang dulang yang berisi tujuh gelas air oren.

     “Minumlah.” Aku menghulurkan segelas air oren kepada Ji Eun selepas meletakkan dulang di atas meja dan duduk di sebelahnya.

     “Thanks.” Ji Eun menyambut gelas yang aku hulur.

     “Err… Yongguk, kenapa banyak sangat air  ni? Ada orang nak datang ke?” Ji Eun bertanya selepas meneguk sekali air orennya.

     “Awak akan tahu nanti.” Aku menghadiahkan senyum plastik kepada Ji Eun.

     Aku dan Ji Eun berbual kosong. Sesekali aku mengerling pada jam di pergelangan tangan aku, memerhatikan masa.

     “Yongguk, saya nak ke bilik air sekejap.” Ji Eun berdiri.

     “Okay.” Aku tidak perlu menunjukkan arah mana bilik air kerana Ji Eun pernah ke rumah aku sebelum ni.

     Aku hanya memerhatikan Ji Eun berlalu.

     “Guys, keluar sekarang.”

     Zelo, Yongjae, Jongup, Daehyun dan Himchan terus melompat keluar dari belakang sofa, tempat mereka sembunyi setengah jam yang lepas. Mereka melompat-lompat di atas sofa.
    
     “Aku tak sabar nak tengok kau kenakan dia.” Daehyun ketawa.

     “Sabar, aku yakin dia akan dapat rasa malu yang teramat sangat.”

     Ji Eun kembali semula ke ruang tamu.

     “Eh, awak semua pun ada?” Ji Eun terkejut melihat rakan-rakan aku sedang duduk di atas sofa sambil meneguk air.

     “Dah tu, kau nampak apa? Hantu?” Yongjae menyindir selamba. Kami semua ketawa.

     Ji Eun tersenyum kelat.

     “Ji Eun, aku ada sesuatu nak beritahu kau.” Aku berdiri menghampirinya. Tangan aku memegang gelas berisi air.

    “Ada apa?” Ji Eun mendongak memandang aku.

     Aku mendekatkan muka aku ke telinga Ji Eun. “Aku benci kau!!” Aku menjerit di telinganya.

     Serentak itu bunyi ketawa kedengaran. Ji Eun berundur beberapa langkah ke belakang sambil mengusap telinganya.

     “Daebaklah kau, Yongguk!” Himchan dan yang lain bertepuk tangan. Mereka semua mengerumuni Ji Eun sambil membawa gelas masing-masing.

     “Aku rasa panas sangatlah. Mungkin sebab ada ‘api’ depan kita tak?” Jongup bersuara.

     “Kalau panas, simbah air.” Himchan menambah.

    Ji Eun terkebil-kebil memandang kami.

     “Cukup ke air kita ni nak simbah ‘api’ kat depan tu?” Yongjae berpura-pura memeriksa gelasnya.

     “Mesti cukup punya.” Daehyun tersenyum sinis.

     “Tunggu apa lagi? Jom padamkan ‘api’ sekarang.” Zelo pantas menuang air oren di atas kepala Ji Eun.

    Kemudian kami pula menuang air di atas kepalanya serentak.

     “Awak semua! Apa yang awak buat?!” Ji Eun separuh menjerit. Mukanya dibasahi dengan air oren.

     “Takkan kau bodoh sangat tak tahu kami tengah buat apa.” Aku kembali duduk di atas sofa. Yang lain membuntuti aku.

     “Dah lama kau nak buat macam ni kat kau, cuma tak kesampaian.”

     “Kenapa? Apa salah saya?”

     Aku dapat melihat air mata yang bertakung di bibir mata Ji Eun.

     “Kau tak salah apa-apa. Cuma aku benci kau.” Jawabku selamba.

     “Benci? Kalau awak benci kenapa awak ajak saya…”

     “Couple? Well, for your information my dear girlfriend, aku di cabar untuk couple dengn kau, bodoh.”

     Mereka semua bersorak.

     “Saya nak balik.”

     Aku pantas mendekat Ji Eun, menghalangnya.

     “Lepaslah.” Ji Eun merentap tangannya.

     “Kau ingat aku nak biarkan kau pergi macam tu je? No way. Lagipun aku belum puas kenakan kau.” Aku menarik Ji Eun dan menolaknya duduk di atas sofa.

     “Aku nak tanya kau, kenapa kau terima aku sebagai boyfriend kau masa aku ajak kau couple dengan aku.” Aku duduk di atas sofa sambil kaki di silangkan di atas paha Ji Eun.

     “Sebab saya sukakan awak.” Ji Eun menjawab dengan berani.

     “Suka? Alamak! Dia suka kat kawan kitalah!” Zelo ketawa pecah.

     “Dahlah tak sedar diri sendiri tu dipermainkan.” Jongup berkata sinis.

    “Yongguk, saya nak balik.” Ji Eun menolak kaki aku. Dia terus berdiri.

    “Aku tak suruh kau balik lagi.”

     Aku memandang Daehyun yang berdiri berdekatan dengan Ji Eun, mengisyaratkan dia agar menyuruh Ji Eun duduk semula.

     “Kau duduklah dulu.” Daehyun menolak kasar tubuh Ji Eun.

     “Enough! Awak nak malukan saya depan kawan-kawan awak, bukan? Saya dah cukup malu sekarang ni. Please, saya nak balik.” Ji Eun mula menangis.

     Aku mendengus. “Kau nak sangat balik, kan?” Aku menarik tangan Ji Eun dan membawanya ke pintu rumah. Aku membuka pintu rumah dan menolaknya keluar.

     “Kau dan aku tak ada apa-apa hubungan lagi. Kau baliklah. Bye-bye.” Kataku sambil melambaikan tangan. Kemudian aku menghempas pintu.


“Weh, kau fikir pasal apa tu?” Daehyun menolak tangan aku guna untuk menongkat dagu.

     “Ha? Fikir? Mana ada aku fikir apa-apa.” Aku kalut.

     Daehyun mengeluh. “Tak payah nak tipulah. Aku tahu kau tengah fikir pasal hal setahun lepas tu, kan? Pasal kita malukan Ji Eun tu.”

     Aku meraup muka aku beberapa kali. “Kau rasa dia masih marah ke?”

     Daehyun mengangkat bahunya. “Aku tak tahu.”

     “Aku rasa bersalah pasal hari tu.”

    “Hah? Kau rasa bersalah. Kejap, Yongguk yang aku kenal bukan macam ni. Kau okay ke?” Daehyun menyentuh dahiku.

     Aku menepis. “Aku okaylah. Sibuk aje. Aku nak cari dia. Kau ikut aku sekali tau.”

     Daehyun membuat muka bosan. “Tak pasal-pasal aku terkait sekali.”

     “Nanti kau bawa yang lain sekali. Kita minta maaf kat Ji Eun.”

     “Ala, kau ni. Kalau nak minta maaf, pergilah minta maaf sendiri. Tak payahlah ajak orang.” Daehyun merungut.

     “Aku tak kira. Kita semua bersalah sebab malukan dia.” Aku mendesak.

     “Kau ni kenapa? Jangan-jangan kau dah mula suka kat dia tak?”

     Aku terdiam. Suka? Aku sendiri tak tahu. Mungkin juga aku suka. Ya! Aku suka.

     “Ya, aku dah mula suka kat dia.” Aku berkata dengan yakin.

    “Hah? Sejak bila kau mula suka kat dia?” Daehyun terkejut.

     “Baru tadi.”

     “Aduh, malang betul nasib aku dapat kawan macam kau.”

     “Apasal pulak?” Dahi aku berkerut.

     “Tak ada apa-apalah. Dahlah, cikgu dah datang tu.”


Ji Eun’s POV

Aku melangkah masuk ke dalam kelas dan terus duduk di tempat aku. Hara berpusing, memandang aku.

     “So, apa yang kau berdua cakap tadi?”

     “Tak ada apa-apa.”

    “Siapa dia tu?” Hara bertanya lagi.

     “Tak kenal.” Aku menjawab malas.

     “Jangan tipulah. Cakaplah, siapa dia?” Hara terus mendesak.

     “Okay. Nama budak tak semengah tu Yongguk. Dia tu… macam mana nak cakap ya? Boleh dikatakan bekas boyfriend aku.”

     “What? Bekas boyfriend?” Hara seakan tidak percaya.

     “Yalah. Kau tak percaya? Tak percaya sudah.”

     “Handsome tu.” Pujinya.

      “Weh, Sungjae nak letak mana nanti?”

     “Tak letak mana-mana pun sebab dia sentiasa dalam hati aku.”

     “Yalah tu.” Aku mencebik.

     “Kau masih sayang dia tak?” Semakin banyak soalan yang terkeluar dari mulut Hara.

     “Apasal kau tanya?”

     “Jawab ajelah.”

     “Em, sayang sikitlah. Mungkin sikit. Entahlah.” Aku menjawab dengan jawapan yang kurang pasti kesahihannya.

     “Bila kau dengan dia putus?”

     “Kau boleh tak berhenti tanya soaln yang pelik-pelik?” Aku naik rimas.

     “Jawab ajelah.”

     “Aku putus dengan dia lama dah. Tahun lepas.”

     “Berapa lama kau couple dengan dia?”

     Aku memandang Hara dengan pandangan yang kurang senang. “Dekat dua bulan.”

     “Kenapa putus?”

     Aku memejam mata rapat-rapat. Perit untuk mengenang semula kejadian memalukan yang pernah berlaku tahun lepas di rumah Yongguk.

     “Jangan tanya lagi boleh tak?” Aku menutup telinga aku.

     “Okay, aku tak tanya lagi.”

     “Baguslah.” Aku menurunkan tangan aku. “Pandang depan. Cikgu dah datang.”


“Aku balik lewat sikit. Kau baliklah dulu.” Kataku kepada Hara.

     “Lewat? Apasal kau balik lewat?” Hara bertanya sambil mengemas bukunya.

     “Aku malas nak balik awal. Bukannya aku ada buat apa-apa di rumah. Baik aku buat kerja rumah kat sini.”

     “Okaylah. Jumpa esok. Bye.”

     “Bye.”

     Aku menyumbat telinga dengan phone dan memasang kuat lagu Stop It nyanyian kumpulan B.A.P. Mulut aku terkumat-kamit menyanyi sambil menyiapkan latihan mathematic yang di berikan oleh Madam Dara tadi.


Yongguk’s POV

Aku memasukkan beberapa buah buku ke dalam beg sementara menanti Daehyun menyiapkan latihan bahasa Inggerisnya.

     “Dah siap!” Daehyun mengeliat sambil menguap.

     “Jom balik. Tak pasal-pasal aku kena tunggu kau siapkan latihan kau tu.” Aku mengerling jam di pergelangan tanganku.

     Daehyun mengemas begnya. Sempat lagi dia menconteng papan putih sebelum keluar dari kelas.

     Ketika melewati kelas 4-1, Deahyun tiba-tiba menyuruh aku berhenti berjalan.

     “Apahal?” tanyaku.

     “Cuba kau tengok tu.” Daehyun menyuruh aku melihat di sebalik pintu kelas 4-1.

     “Itu Ji Eun, kan?” Daehyun melangkah masuk ke dalam kelas itu.

     Ji Eun tidur sambil tangannya memegang pensil. Pasti dia sedang membuat kerja sekolah tadi.

    Aku turut masuk ke dalam kelas. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan Ji Eun, manakala Daehyun duduk bersebelahan dengan aku.

     “Kau tak nak kejutkan dia ke?” Daehyun memandang aku.

     “Nantilah. Mesti dia tengah penat tu. Tu yang dia tertidur.” Kataku sambil memerhatikan wajah Ji Eun yang sedang nyenyak tidur. Kepalanya di atas tangan kanannya, dia tidur seperti kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun.

     Aku mencabut perlahan earphone yang Ji Eun pakai dan melilitnya. Kemudian aku simpan di dalam begnya.

     “Wei, aku nak balik ni.” Daehyun merungut.

     “Kau baliklah dulu. Aku nak tunggu Ji Eun bangun.”

     “Tak naklah. Tak seronok jalan seorang-seorang. Aku tunggu kau ajelah.”

    “Okay, ikut suka kau.”
 
     Aku terus memerhatikan Ji Eun yang sedang nyenyak tidur. Melihatkan pada wajah mulusnya itu membuatkan hati aku di hambat rasa bersalah kerana pernah memalukannya.

    “Daehyun…”

     “Apa?”

     “Aku rasa bersalahlah.” Luahku.

     “Okay, kau berjaya bangkitkan rasa bersalah dalam hati aku jugak.”

     “Aku suka Ji Eun.”

     “Em… berapa kali kau nak ulang?” Daehyun menguap. Pasti dia mengantuk. Kesian pulak aku tengok dia.

     Aku menyentuh tangan Ji Eun.

     “Apa kau buat tu?” Daehyun memandang pelik.

     “Aku nak kejutkan dia.”

     “Tadi kata nak tunggu sampai dia bangun.”

     “Aku kesian tengok kau terpaksa tunggu aku jugak.”

     “Em, yalah.”

     Aku mengelus perlahan tangan Ji Eun. “Ji Eun…”

     Tiada respon darinya.

     Aku mengoncang bahunya. “Ji Eun…”

     Ah, dia dah bangun. Ji Eun menggosok matanya.

     “Ji Eun…”

     Terkebil-kebil dia memandang aku.

     “Apa kau buat kat sini?” Dia terus berdiri. Kemudian matanya memandang Daehyun di sebelah aku.

     “Kau? Ish, apahal pulak aku boleh jumpa dengan dua orang budak ni.” Ji Eun terus mengemas bukunya dan masukkan ke dalam beg.

     “Ji Eun…” Aku memanggilnya.

     Ji Eun memandangaku dengan pandangan yang kurang senang. “Apa kau nak?”

     “Aku…er…aku…” Lidah aku kelu untuk minta maaf kepadanya.

    “Aku tak faham. Dahlah, aku nak balik. By the way, thanks sebab kejutkan aku.” Ji Eun terus melangkah keluar. Kemudian dia berpatah balik.

     “Earphone aku mana?”

     “Aku simpan dalam beg kau.”

     Ji Eun memeriksa begnya. Selepas itu dia berlalu pergi.

     “Jom ikut dia.”

     Daehyun hanya mengangkat bahu.

     Aku dan Daehyun mengekorinya. Aku sengaja berbuat begitu untuk mengetahui tempat tinggalnya.

     Sesampainya di simpang tiga, aku berhenti mengekorinya. Aku hanya memerhatikannya.

     “Dia masih tinggal kat situ.” Kata Daehyun.

     “Suruh kawan-kawan kita kumpul kat taman depan sana petang ni.” Kataku tanpa memandang Daehyun

     “Kita minta maaf sama-sama dengan Ji Eun.” Kataku lagi

     “Okay. Dah jom balik. Nanti aku text dengan yang lain.”


“Hah? Dia sama sekolah dengan kau?” Zelo seakan tidak percaya. Lagipun, aku dan Ji Eun bukannya sama sekolah dulu.

     Aku dan Daehyun bersekolah di tempat yang sama. Manakala Zelo, Himchan , Jongup dan Yongjae belajar di sekolah yang berlainan dengan kami. Sekolah mereka hanya berdekatan dengan sekolah aku. Aku pun tak tahu nama sekolah mereka apa.

     “Yalah, takkan aku nak tipu pulak. Kalau tak percaya tanya Daehyun.”

     “Betul, dia tak tipu.” Daehyun cuba menyakinkan yang lain.

     “So, kenapa kau suruh kami berkumpul kat sini?” Jongup mencelah.

     “Aku nak kita semua minta maaf kat dia.”

     “Hah? Minta maaf? Kau demam ke apa nak minta maaf kat dia?” Himchan pula tidak percaya.

     “Minta maaf ajelah.” Aku menekankan suaraku.

     “Okay-okay.”

     Kami semua bergerak menuju ke rumah Ji Eun.

     “Siapa nak tolong panggil?” Yongjae bertanya kerana hampir dua minit kami berdiri di luar pagar rumah Ji Eun tanpa berbuat apa-apa.

     “Tekan ajelah loceng tu.” Aku menjuihkan bibir ke arah loceng rumah.

     Daehyun menekan loceng rumah. Pintu rumah terbuka. Ji Eun hanya berdiri di hadapan pintu dengan pandangan hairan.

     “Ji Eun!” Aku memanggilnya.


Ji Eun’s POV

Aku menukar siaran televisyen beberapa kali untuk mencari movie yang best. Sedang aku ralit menekan punat alat kawalan tv, loceng rumahku berbunyi. Aku membuka pintu dan  menjenguk keluar. Hah? Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Mimpi buruk aku telah tiba.

     “Ji Eun!” Yongguk memanggil aku.

     “Apa lagi yang kau nak?” Aku bersandar pada pintu sambil memeluk tubuh.

    “Sinilah sekejap!” Yongguk mengamit aku mendekati mereka.

     “Tak nak. Kau nak apa? Cakap ajelah.” Aku enggan mendekati mereka yang pernah memalukan aku.

     “Sinilah. Sakit tekak aku asyik menjerit.” Yongguk beralasan.

     “Siapa suruh menjerit?” Aku masih berdegil.

    “Ji Eun, sinilah sekejap. Kami janji tak buat benda buruk kat kau.” Daehyun cuba meyakinkan aku.

     Aku mengalah. Aku mendekati mereka. “Apahal?”

    “Sebenarnya, kami nak minta maaf kat kau.” Yongguk memandang aku.

     Aku berpura-pura tak faham. “Minta maaf? Pasal apa? Kau dengan kawan-kawan kau tak pernah buat salah kat aku.”

     “Ji Eun, janganlah macam ni. Aku tahu kau masih ingat pasal dulu tu. Aku malukan kau depan kawan-kawan aku. Aku rasa bersalah sangat.”

     Aku memejam rapat mata. “Oh, pasal tu. Aku dah lama maafkan kau semua.” Aku ingin memasuki rumah namun Yongguk pantas memegang tangan aku.

     “Aku minta maaf.” Yongguk bersungguh-sungguh meminta maaf.

     “Aku jugak minta maaf.” Kata Deahyun pula.

     “Aku pun minta maaf.” Himchan menyampuk.

     “Maaf pasal dulu.” Kata Zelo.

     “Maaf.” Ucap Jongup.

     “Maaf.” Ucap Yongjae juga.

     “Kan aku dah cakap, aku dah lama maafkan kau semua pasal benda tu.” Aku cuba melepaskan tangan aku dari Yongguk.

     “Boleh tak kau lepaskan tangan aku? Sakit. Kau genggam kuat sangat.” Aku meminta.

    Yongguk melepaskan tangan aku. “Sorry.” Ucapnya. Aku hanya mengangguk.

     “Kalau tak ada apa-apa lagi, aku masuk dulu. Bye.” Cepat-cepat aku masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

     “Ji Eun!”

     Panggilan Yongguk aku tidak hiraukan.


Aku masuk ke dalam kelas dengan rasa malas. Insiden semalam masih berlegar-legar di kepalaku. Aku seakan tidak percaya mereka minta maaf kat aku.

     “Hai, Ji Eun.” Sapa Hara sebaik sahaja aku melabuhkan punggung.

     “Hai.” Aku membalas sapaannya.

     “Tadi bekas boyfriend kau suruh aku bagi ni kat kau.” Hara menghulurkan sekeping kertas yang berlipat kepadaku.

     Aku menyambut. Aku membuka lipatan kertas itu.

     Ji Eun, nanti kita balik sama-sama ya? Aku nak bawa kau kat suatu tempat. - Yongguk

     “Apa yang dia tulis?” Hara cuba mengambil kertas yang Yongguk beri kepada aku.

     “Dia cuma ajak aku balik sama-sama.” Aku melipat kertas dan menyimpan di dalam poket baju.

     “Seronoknya kau. Sungjae tak pernah ajak aku balik sama-sama. Mesti Yongguk masih sayang kat kau, betul tak? Sebab tu dia ajak kau balik sama.”

     Aku tersenyum sinis. Sayang? Yongguk tak pernah sayang aku. Dia cuma nak malukan aku depan kawan-kawannya. Itu sahaja.

     “So, kau nak balik dengan dialah, ya?”

    Aku mengangkat bahu. “Entah. Tengok ah, kalau aku rajin, aku balik sama. Kalau tak, taklah jawabnya.”

     “Ish, kau ni. Orang dah ajak, pergi ajelah.”

     “Tengok ah nanti.”

     “Kata sayang dengan Yongguk. Ikut ajelah dia.”

     “Yang kau lebih-lebih ni kenapa? Aku cucuk mata kau nanti.” Aku mengacah untuk mencucuk mata Hara dengan jari.

     “Saja je. Mana tahu kau couple balik dengan Yongguk.”

     Couple balik? Aku tak rasa macam tu. Dia tak pernah sukakan aku. Malah membenci aku.

     “Sibuklah kau ni.”


Aku cepat-cepat keluar dari kelas. Takut-takut terserempak dengan Yongguk. Aku malas hendak mengikut dia pergi ke ‘sesuatu tempat’.

    Aku berjalan kaki balik ke rumah. Rumah aku hanya satu kilometer dari sekolah.

     “Ji Eun!”

     Aku menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggil nama aku.

     “Kan aku dah suruh tunggu! Kita balik sama-sama!” Yongguk berlari mendekati aku.

     Pasti Yongguk mengekori aku. Aku pun turut berlari apabila melihat Yongguk seolah-olah mengejar aku.

     “Wei, kenapa kau lari?” Yongguk cuba mengejar aku.

     “Kau lari, aku pun lari jugaklah.”

     “Berhenti!”

     Kaki aku berhenti berlari. Aku berpaling ke belakang. Nafas aku tercungap-cungap.

     “Ada dapat surat dari aku, kan?”

     Aku mengangguk.

     “Jom ikut aku.” Yongguk menarik tanganku.

     “Kejap, nak ke mana? Aku penat berlari ni. Tak larat nak jalan.” Aku masih tercungap-cungap.

     “Kita bukannya jalan kaki. Kejap eh. Aku call Daehyun dulu.”

     Aku membiarkan Yongguk membuat panggilan. Tidak lama kemudian, sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan kami.

     “Masuk.” Arah Daehyun.

     Aku tidak berganjak. “Kita nak ke mana?”

     “Masuk ajelah.” Arah Daehyun lagi.

     Yongguk menolak aku masuk ke dalam kereta, di tempat duduk belakang. Yongguk duduk di sebelah aku.

     “Hoi, kau nak culik aku ke apa? Kau nak bawa aku pergi mana?” Aku mengoncang bahu Daehyun.

    “Kau tanya sendiri kat Yongguk.” Daehyun enggan menjawab.

    “Yongguk, kita nak ke mana?” Aku memandang Yongguk.

     “Nanti kau tahu.” Dia memandang ke luar tingkap.

     Aku mengalah. Aku duduk menyandar sambil memeluk tubuh. Tiba-tiba pandangan aku menjadi gelap.
    
     “Wei, apa ni?” Aku menanggalkan kain warna merah yang Yongguk gunakan untuk menutup mataku.

    “Pakailah. Kalau dah sampai aku bukak.” Yongguk memasang semula kain itu dan menutup mataku.

     Aku hanya membiarkan dia berbuat begitu. Aku dapat rasakan jari Yongguk menguak rambut depan aku ke belakang. Aku selesa dibuat begitu. Kemudian dia mengelus pipi aku perlahan. Dalam masa yang sama aku dapat rasakan tangan kanan aku digenggam erat.

     Kenapa Yongguk buat macam tu? Bukankah dia benci aku? Mustahil dia akan buat macam ni kat orang yang dia benci. Tanpa sedar, bibir aku melepaskan keluahan.

     “Kau tak selesa ke aku buat macam tu?” Tiada lagi rasa sentuhan Yongguk di pipi dan tangan kananku.

     Aku tidak menjawab. Aku sendiri tidak tahu apa yang harus di jawab. Aku selesa dibuat begitu, tapi dalam masa yang sama aku keliru dengan perlakuan Yongguk.

     “Kita dah sampai.” Yongguk menarik aku keluar dari kereta. Kemudian dia membuka kain yang menutup mata aku. Aku melihat sekeliling. Aku macam pernah tengok kawasan perumahan ni. Aku menyentuh dagu, cuba mengingat kembali tempat ini. Ah, aku dah ingat! Di hadapan aku adalah rumah Yongguk.

     Yongjae, Jongup, Himchan dan Zelo melambai-lambai ke arah aku sambil tersenyum.

     Oh, tidak! Mereka nak kerjakan aku lagi ke? Aku merentap kasar tangan aku dari genggaman Yongguk dan berlari sekuat hati.

     “Ji Eun! Kau nak ke mana?!” Yongguk menjerit. Aku tidak menoleh dan aku pasti dia sedang mengejar aku.

     “Ji Eun! Berhenti! Bukan masa nak main kejar-kejarlah sekarang ni!” Yongguk masih tidak berputus asa mengejar aku.

     Aku terus berlari dan tidak akan berhenti.

     “Woi, Ji Eun! Berhenti!”

     Itu suara Daehyun. Ada lagi ke yang nak kejar aku?

    Larian aku kian perlahan. Aku tercungap-cungap sekali lagi. Kemudian aku berhenti berlari. Aku berpaling ke belakang. Yongguk dan Daehyun masih mengejar aku walaupun jarak kami agak jauh. Aku perasan, aku semakin jauh dari rumah Yongguk.

     Aku tidak dapat mengawal pernafasan aku dengan baik. Aku terbongkok-bongkok memegang lutut. Bila aku kembali tegak, kepala aku rasa pening. Aku terus rebah di situ.

     “Ji Eun!” Yongguk menjerit namaku. Namun aku tidak mampu berbuat apa-apa.    



Yongguk’s POV

Aku dan Daehyun berlari mengejar Ji Eun. Aku lihat Ji Eun berhenti berlari. Dia berpusing menghadap kami sambil terbongkok-bongkok. Pasti dia kepenatan. Bila Ji Eun menegakkan badannya semula dia tiba-tiba rebah.

     “Ji Eun!” Aku menjerit memanggil namanya. Aku dan Daehyun memperlahankan larian apabila kami hampir dengan Ji Eun yang sudah terbaring.

     Aku memangku kepala Ji Eun di atas ribaku. “Ji Eun!” Aku menepuk perlahan pipi Ji Eun, berharap agar dia sedar dari pengsan.

     “Yongguk, Ji Eun pengsan.” Kata Daehyun cemas.

    “Aku tahu.” Aku cuba menyedarkan Ji Eun.

     “Yongguk, nadi dia berdenyut laju dan tak sekata.” Daehyun memeriksa nadi di pergelangan tangan kanan Ji Eun.

     “Aku tahu.”

     “Yongguk, dia penat.”

     “Ish, aku tahulah. Cuba kau tanya benda yang aku tak tahu.” Aku naik rimas dengan Daehyun yang gelabah semacam.

     “Yongguk, bila kau nak terus terang kat dia yang kau suka dia?”

     Aku berhenti menepuk pipi Ji Eun apabila mendengar Daehyun.

     “Aku tak tahu.” Jawabku lemah.


Himchan’s POV

“Weh, aku rasa tak sedap hatilah tengok mereka berdua kejar Ji Eun tadi.” Aku meluahkan rasa bimbang.

     “Relax ah, aku yakin mereka selamat.” Jongup cuba menenangkan perasaan aku.

     “Tapi betul juga kata Himchan tu. Mana tahu sesuatu berlaku. Kata bukannya tahu pun. Kita cuma tercegat kat sini.” Yongjae menyokong kata-kata aku.

     “So, daripada kita tercegat kat sini, baik kita cari mereka. Jom.” Zelo mendahului kami.

     Akhirnya kami menjumpai Ji Eun terbaring sambil kepalanya dipangku di atas riba Yongguk dan Daehyun duduk mencangkung di sebelah Ji Eun setelah hampir sepuluh minit mencari.

     Kami segera mendekati mereka.

     “Apahal ni?” Tanya aku cemas.

     “Ji Eun pengsan. Apa kita nak buat?” Daehyun kalut.

     “Ah, macam ni. Kita bawa dia balik rumah Yongguk, lepas tu kita kipas dia ke, apa ke, suka hatilah. Asal dapat buat dia sedar balik.” Aku memberi cadangan.

     “Okay jugak tu.” Jongup mendekati Ji Eun.

     “Apa kau nak buat?” Tanya Yongguk.

     “Aku nak angkat dia.”

     “Tak payah. Biar aku je yang angkat dia.” Yongguk menolak.

     “Larat ke? Jauh nak ke rumah kau ni.” Aku bertanya risau.

     “Macam ni ajelah. Aku pergi ambil kereta aku. Nanti aku datang sini balik.” Daehyun mengemukakan cadangannya.

     “Aku ikut kau.” Yongjae menawarkan diri.
    
     “Aku jugak.” Kata Zelo.

     “Okay, kau bertiga ambil kereta. Aku, Jongup dengan Yongguk jaga Ji Eun kat sini. Cepat sikit, tau.”

     “Okay.” Jawab mereka bertiga serentak sebelum berlari meninggalkan kami.

     Kereta Daehyun tiba di hadapan kami dalam beberapa minit. Yongguk mendukung Ji Eun masuk ke dalam kereta.



Ji Eun’s POV

Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepala aku rasa berputar. Aku bangun dari pembaringan perlahan-lahan.

     “Ji Eun…” Aku terdengar seseorang memanggil namaku. Aku melihat sekeliling. Pandangan aku masih kabur.

     “Ji Eun…” Sekali lagi nama kau di panggil. Aku memicit kepala aku.

     “Ji Eun…” Aku memejam mata rapat-rapat, kemudian membuka semula. Aku lakukan berulang kali sehingga pandangan aku kembali jelas.

     “Ji Eun…” Aku menoleh ke kiri. Yongguk dan kawan-kawannya memandang aku dengan riak wajah yang risau.

     Aku memerhatikan sekeliling. Aku berada di rumah Yongguk. Tak ada yang berubah. Masih sama macam tahun lepas, kali terakhir aku pergi ke rumah Yongguk. Malam aku di malukan.

     Aku membetulkan dudukku di atas sofa sambil memicit kepala.

     “Ji Eun…” Yongguk duduk di sebelah aku. Dia tolong picitkan kepala aku.

     “Ji Eun, nah. Minum air ni.” Daehyun menghulurkan segelas air oren kepadaku. Air oren? Aku menggeleng. Mereka pernah menuang air oren atas kepala aku. Sejak dari hari tu, aku tak pernah lagi minum air oren sehingga sekarang.

     “Minumlah. Mesti tekak kau haus tu.” Himchan memujuk aku.

     “Aku tak haus.” Aku cuba berdalih.

     “Aku rasa bukan sebab kau tak haus, tapi sebab air oren ni mengingatkan kau pasal kisah dulu tu, kan?” Zelo membuat andaian.

     “Tak apalah, aku pergi tukar air.” Daehyun berlalu ke dapur.

     Daehyun datang semula dengan segelas susu di tangan. “Minumlah.”

     Aku menyambut. “Thanks.”

     Aku meneguk beberapa kali air susu itu sebelum mengembalikan semula gelas kepada Daehyun.

     “Guys, aku nak cakap dengan dia sekejap. Boleh biarkan aku dengan Ji Eun kat sini tanpa gangguan?” Tanya Yongguk.

     Mereka semua mengangkat punggung meninggalkan kami.

     “Kenapa kau lari tadi?” Tanya Yongguk sebaik sahaja mereka pergi.

     “Kenapa kau bawak aku ke sini?” Aku membalas dengan soalan.

     “Kenapa tak jawab soalan aku?” Soalnya.

     “Perlu ke aku jawab soalan kau?” Soal aku pula.

     “Tak boleh ke kau jawab soalan aku?” Yongguk mula rimas.

     Aku mengeluh. “Aku tak nak ke sini.”

     “Kenapa?”

     “Kau dah lupa ke?” Aku memberanikan diri bertentang mata dengan Yongguk.

     “Okay. I admit that’s all my faulth.”

     Aku membuang pandang ke arah sofa yang terletak bertentangan dengan kami.

     Yongguk menggenggam tangan aku.

     “Kenapa kau suka genggam tangan aku?” Tanya aku dengan perasaan ingin tahu.

     “Kau tak selesa ke?” Dia masih menggenggam tangan aku.

     “Tak ah, saja tanya.”

     “Kenapa kau bawa aku ke sini?” Tanya aku setelah kami lama membisu.

     “Sebab aku rindu kau.”

     Jawapan dari mulut Yongguk itu membuatkan aku ternganga.

     “Tak munasabah.” Kataku.

     “Tak percaya sudah. Aku ingat nak bawa kau jalan-jalan petang ni, alih-alih kau pengsan pulak.

     “Kata benci, kenapa boleh rindu?” Tanya aku.

     “Aku tak tahu.” Yongguk menjawab.

     Aku mengeluh. “Aku nak balik.”

    “Aku tolong hantarkan.” Yongguk menawarkan diri.

    “Tak apalah. Aku naik teksi je.”


Aku penat. Penat dengan apa yang berlaku sepanjang hari. Nasib baik esok cuti. Sekurang-kurangnya aku dapat rehatkan mental dan fizikal aku. Aku menutup suis lampu sebelum tidur.


Cuaca cerah pagi ni. Aku mengambil keputusan untuk bersiar-siar di taman hadapan kawasan perumahan aku. Bukan selalu aku mengambil angin pagi. Aku membiarkan rambut aku lepas tanpa ikat kerana rambut aku masih basah.

     Telefon aku berbunyi. Aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Nombor yang tidak di kenali?

     “Hello?” Sapaku.

     “Ji Eun…”

     “Ya, saya Ji Eun. Maaf, siapa ni?”

     “Ish, ni Yongguklah. Takkan suara aku pun kau tak kenal.”

     “Kau? Macam mana kau tahu nombor telefon aku?”

     “Aku masih simpan nombor kaulah. Kau tu yang delete nombor aku.”

     “Kau nak apa?” Aku malas untuk bercakap mengenai hal itu.

     “Jalan nak?”

     “Jalan mana pulak? Aku penatlah. Nak rehat.” Aku merungut.

     “Ala, bolehlah.

     “Em, bila?”

     “Sekarang.”

     “What? Awalnya.” Aku merungut lagi.

     “Kalau orang dah ajak tu ikut ajelah.” Satu suara menegur dari belakang. Aku berpusing. Daehyun? Kemudian mata aku tertancap pada kereta Daehyun yang kemas diparkirkan betul-betul di belakang aku. Yongguk dan lain-lain melambai-lambai dari dalam kereta. Aku memutuskan talian.

     “Kau orang main-mainkan aku ke?” Aku memandang Daehyun.

     “Main-main apa? Cepatlah.” Daehyun menarik aku masuk ke dalam keretanya. Mujur sahaja keretanya besar dan boleh memuatkan lebih enam orang di dalam. Kalau tak, terpaksa berhimpitlah jawabnya.

     Aku duduk di sebelah Yongguk. Em, tempat duduk ni macam dah dirancang je.

     “Kita nak ke mana?” Aku memandang Yongguk.

     Seperti biasa, dia menggenggam tanganku.

     “Dating.” Yongguk menjawab selamba.

     Erk… dating?


Yongguk’s POV

Aku mengeliat sebaik sahaja keluar dari kereta. Kami semua menuju ke taman permainan yang terletak tidak jauh dari tempat Daehyun memarkirkan keretanya. Aku mengajak Ji Eun duduk di bangku sementara yang lain bersiar-siar.
    
     Aku dan Ji Eun duduk agak jauh. Aku tahu dia enggan aku menggenggam tangannya. Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan menaip sesuatu kepada Ji Eun.

     Jom text dengan aku. Aku bosan.

     Telefon bimbit Ji Eun berbunyi. Dia memandang aku sebaik sahaja habis membaca mesej yang aku hantar.

     Tak boleh cakap pakai mulut ke? Membazir kredit aku aje.

     Aku ketawa kecil apabila membaca mesej dari Ji Eun.

     Kau tu bisu aje dari tadi. Duduk pun jauh-jauh.

     Aku dapat melihat Ji Eun mencebik.

     Buat apa duduk dekat-dekat? Tak pasal-pasal tangan aku kebas asyik kena genggam kau.

     Aku tersenyum.

     Ji Eun, aku nak bagitau kau sesuatu.

     Ji Eun memandang aku.

      Yes? Apa dia?

     Aku menarik nafas panjang sebelum membalas mesej JI Eun.

     Aku suka kau.

     Ji Eun mengukir senyuman sinis di bibirnya.

     Aku tak suka kau.

     Tipu. Aku tahu kau masih sayang kat aku.

     Mana ada. Jangan nak perasanlah.

     Hara yang cakap.

     Dia gurau ajelah. Jangan percaya cakap dia.

     Tapi aku percaya cakap dia.

     Oh, so kalau dia cakap aku terjun gaung, kau percayalah?

     Tengok keadaan.
    
     Suka hati kaulah.

     Aku sayang kau, Ji Eun.

     Boleh tak kau jangan cakap pasal tu lagi?

     Aku suka kau. Aku sayang kau. Aku tahu kau suka aku jugak. Kau masih sayangkan aku.

    Tak, tak dan tak. Berapa kali aku nak cakap?

    Yongguk loves Ji Eun!

     Ji Eun hates Yongguk!

     Kenapa kau tak percaya yang aku suka kat kau?

     Sebab kau pernah tipu aku.

     Itu dulu. Sekarang aku betul-betul suka kau.

     Stop talk about this, menyampah tahu tak?

     I will prove that I do love you so badly.

     Aku merapati Ji Eun. Tangan kananku menggenggam tangannya.

     “Kau nak buat apa?” Tanya Ji Eun.

     “Aku nak buktikan yang aku betul-betul suka kau.” Aku mendekatkan muka aku pada muka Ji Eun sambil tersenyum nakal.

     Mata kami bertaut. Aku dapat lihat air mata Ji Eun bertakung di tubir matanya.

     “Apahal kau nangis?”

     “Kau tu yang buat aku menangis.” Ji Eun menumbuk dada aku dengan perlahan.

     Aku menariknya ke dalam pelukan. “Sorry.”

     “Yongguk…” Ji Eun memanggil nama aku.

     “Apa?”
    
     “Aku suka kau jugak.”

     Aku mengeratkan lagi pelukan. “Aku dah agak. Aku dapat peluang kedua tak?”

     “This is your last chance. Aku tak nak kau sia-siakan aku lagi.” Ji Eun membalas pelukan aku.

     “I will, Ji Eun.”

     “Ehem… bila nak habis berdrama ni? Kami dah penat tunggu kau berdua.” Daehyun dan yang lain tiba-tiba muncul. Ji Eun meleraikan pelukan kami.

     “Ish, kacau orang tengah dating betullah kau semua ni.” Aku merungut.

     “Dating ke ngorat?” Zelo mengusik.

     “Dua-dua.” Kataku selamba.

     Aku menyeluk poket seluar dan mengeluarkan sekotak cincin. Aku menyuakan kotak cincin itu ke muka Ji Eun sambil melutut di hadapannya.

     “Sudikan Ji Eun menjadi girlfriend Yongguk sekali lagi?”   

     “Ji Eun sudi menjadi girlfriend Yongguk semula dengan hati yang ikhlas.” Jawapan Ji Eun itu membuatkan aku tersenyum gembira. Kawan-kawan aku bertepuk tangan. Aku menyarungkan cincin di jari manis Ji Eun.

     “Thanks sebab terima saya balik.”

     “Thanks sebab awak dah suka saya.”

     “Tak nak raikan ke?” Tanya Jongup. Tangannya memegang sekotak kek bersaiz sederhana.

     “Mestilah nak.” Kami semua duduk dia atas bangku yang panjang itu. Aku membelah kek dengan pisau kek yang telah disediakan, kemudian aku letakkan kek di atas pinggan kertas yang di bawa oleh Zelo tadi.

     Aku membahagikan kek kepada enam bahagian. Oleh kerana aku dan Ji Eun berkongsi kek, maka kek kami lebih besar dari yang lain. Aku menyuap Ji Eun sebelum menyuap diri sendiri.

     Ji Eun malu-malu apabila aku menyuapnya.

     “Amboi, beruntung kau Ji Eun. Ada orang nak suapkan kau. Himchan, tolong suapkan aku jugak.” Daehyun menyuakan sudu kepada Himchan, menyuruh Himchan menyuapnya.

     “Wei, tak nak ah. Suruh orang lain.” Himchan menolak sudu Daehyun.

     “Kalau macam tu, aku ajelah yang suap kau.” Daehyun menyuakan sudunya ke mulut Himchan.

     “Woi! Janganlah!” Himchan terus berdiri dan berlari. Daehyun mengejar dari belakang.

     Aku ketawa kecil melihat telatah mereka.

     “Yongguk…”

     Aku memandang Ji Eun.

     “Jom dating.” Dia menarik tangan aku agar berdiri.

     “Okay.” Aku menurut. Aku dan Ji Eun berjalan sambil berpegang tangan. Aku janji, mulai hari ni aku tak akan sia-siakan Ji Eun. Aku janji pada diri aku sendiri. Aku janji. Ji Eun, thanks because you give me one more chance.


Alhamdulillah, my story is finally published. So, how's the story? is it crazy? pfft.

Labels: ,